Pages

Tuesday, 15 November 2011

Alhamdulillah.. Syukur pd Allah..

Hari ni 15 November 2011… Alhamdulillah aq lulus test JPJ kereta...
Aq dtg 8.30 pg sbb cikgu suh buat latihan sblom test..Mulanya rasa tkut sgat.. sbb aq x da kyakinan diri lg.. tpi tdi Alhamdulillah aq boleh buat smuenye dgn baik skali… huhuhu.. mase buat latihan pg td agak kantoi skit lah sbb bnyak kali turun bukit.. handbrake x turun... hahha.. kelakar jer.. patut lah enjin bnyak kali mati.. mule ingat kan kereta 2 ada problem rupe2 nye aq yg x trun handbrake.. hahahhaha… lpas buat lthan pg tdi aq msih lg rasa gugup.. Dlm kul 9 JPJ smpai utk test.. nmpak JPJ lg lah rasa gemetar..  cikgu plak bg aq test No 2.. bile dah msuk kreta lg lah gmentar.. smpaikan handbrake pon lupe nak turun lg.. mmg giler wak2 2.. mase kat simpang nk naik bukit cikgu perasan aq x turun handbrake.. nsib bek cikgu tegur..  hahahhaha.. bile JPJ pnggil utk buat test bukit, kat mulut ni x lpas2 baca bismilla n doa yg patut.. sbb takut sgat.. yelah kan aq dah x snggup nk mngulang lg.. Alhamdulillah aq lulus ujian bukit.. pas 2 nak masuk parking.. bile parking dgn mudah nye aq boleh buat.. sbb dah dpat kyakinan diri.. huhuhu.. habis ujian bhgiab 2.. tnggu plak ujian jlan raya plak.. mule nye aq yakin sgat dgn jlan raya ni.. rupe2 nye gugup gak bile nk buat u turn.. enjin plak mati.. JPJ ckap enjin mati byak kali x per.. sbb bkan satu ksalhan klau enjin mati.. tpi jgn buat silap n x ikot step jer… huhuh.. seb baik JPJ 2 baek hati dye x mrah dye tgur aq dgn baik skali… JPJ ckap “ buat ikot step jgn gugup sgat, buat slow2 klau tkut, ykin pd diri sndiri..”  mase dlm kreta bnyak yg kami bualkan..  tpi aq masih lg dpat focus mase drive.. habis je test jalan raya.. jpj trus bg result JPJ 2 ckap “ awk bwak ok tpi sy salah kan 1 ye”. Yelah aq faham x kan nak btul smua kan…  JPJ 2 salah kan pd kslhan cermin sisi.. tpi tdi sblom nak test JPJ bhgian 3 aq dah buat smua skali tdi.. Tpi JPJ 2 salah kan kat situ.. huhuhu.. X ksah lah janji aq dpat 18/20.. dan yg pnting aq lulus.. lega rasa hati ni.. x payah lg nk pk sal lesen kreta lg.. InsyAllah ptg ni dpat lah aq lesen.. cam kelakar jer.. aq ambik kereta 4 nov ari 2.. aq dpat lesen 15 nov ni.. huhuhu… ambik kreta dlu sblom dpat lesen.. smntara nak tnggu lsen aq tnggal kan dlu kreta kat umah kat perak.. InsyAllah ujung bulan ni aq ambik.. pas ni mudah skit urusan kerja aq.. klau hujan x pyah lg nk susah kan org.. x perlu dah nk tmpang org.. yelah kan org bkan suke sgat klau kite slalu tmpang dorg.. pas ni x da lah kwan2 aq peril aq sbb x da kreta… InsyAllah pas ni aq bwak sndri kereta g kerja.. Ya Allah bg lah aq keyakinan diri… 

Monday, 14 November 2011

Si epal hijau...

aku manusia lemah slalu tjatuh
berbeda aku darimu.
kau berdiri teguh.
aku serba tiada
aku kekurangan.
dan bila kau tiba aku hilang dari kewujudan.
sempurnanya sifatmu tulusnya hatimu.
jujurnya niatmu.
tingginya kesabaranmu
lepaskanlah diriku.
kerna aku tak mampu tuk menanggung sebuah cinta sempurna.
darimu..





Bertahun-tahun dahulu, epal hijau itu mak bawa balik dari Singapura bersama-sama kain ela untuk jualan di pasar malam. Sebiji epal tadi di racik tujuh untuk kami tujuh beradik. Kami terima racikan kecil tersebut dengan sukacita. 

Suatu hari saya bertanya,"kenapa mak tak bagi sahaja kesemua tujuh biji epal itu seorang satu kepada kami semua?"

Jawab mak,"Kita cuma perlu seracik apel sahaja sehari untuk kita nikmati selama tujuh hari.. Bukankah itu lebih baik daripada kita habiskan sebiji apel untuk kita nikmati pada hari ini sahaja?"

Benar kata mak. 

Hari ini sebiji epal yang besar ranum, yang mampu saya beli tak semanis dan seranggup seracik epal yang pernah di nikmati beberapa tahun yang lalu.

Saya melihat, mak masih lagi terus meracik sebiji epal. Kali ini racikan itu khas untuk adik saya yang ke enam, Ayu yang sedang terdampar lesu di katil. Sedangkan anak kecilnya yang masih menyusu meronta-ronta mahu dilepaskan dari pangkuan mak.




Sunday, 13 November 2011

12 aBouT LoVe


12 about love... 

Andai kata cinta itu sebuah pengorbanan, mengapa pengorbanan itu bukan nokhtah sebuah cinta? Andai kata derita itu harga sebuah cinta, mengapa cinta itu semakin sukar dimiliki? Cinta seumpama kota kristal indah di penglihatan derita di perasaan. Ada orang pada mulanya malu untuk jatuh cinta tapi bila perasaan menjadi rindu padanya, tiba-tiba perasaan malu itu menjadi hilang dengan sendirinya dan terpaksa menerima kenyataan yang sebenarnya bahawa anda telah jatuh cinta. Gerak geri memberi pengertian kepada perasaan yang tidak terucap oleh kata-kata. Cinta yang di semadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan di kecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada. Cinta yang datang umpama pelangi ceria dengan 7 warna memukau saat bayu berlagu riang, tika itulah cintanya hadir. Apabila mata terlihat seseorg yang bakal mewarnai hidupnya. Cinta bukan paksaan. Ia lahir dari dua perasaan, kehadirannya tidak diundang, perginya tiada yang merelakan kerana ia terlalu sukar untuk dimengertikan. Persahabatan biasanya berakhir dengan percintaan tetapi percintaan tidak pernah berakhir dengan persahabatan. Cinta bukan mengajar kita lemah tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar menghinakan diri tetapi menghembuskan kegagahan. Cintabukan melemahkan semangat tetapi membangkitkan semangat. Apakah sebenarnya cinta itu? Cuba katakan. Tak lain tak bukan ialah dua jiwa dlm satu fikiran dan dua hati dlm satu debaran. Cetusan cinta pertama merupakan suatu getaran yg sangat menggoncangkan jiwa. Kadangkala kita menyedari betapa dalamnya kita menyintai seseorang, disaat kita sedang kehilangannya. Dan kadangkala kita juga menyedari betapa perlunya cinta seseorg terhadap kita, disaat kita amat memerlukannya. Cinta yang lahir dari pandang pertama adalah cinta suci, manakala perasaan cinta yang lahir dr kemesraan persahabatan adalah cinta sejati. Namun sukar untuk membezakan yg mana lebih abadi, cinta suci atau cinta sejati.

Saturday, 12 November 2011

mY HoUsEMatE

Siti Shriza Fairuz
Noor Aspalela
Noraisah
Nurul Shafiqah

kak long, kak ngah, kak cik n kak su

Friday, 4 November 2011

My pUrpLe


 My car,
my lovely purple..
di ambil pada 4 nov 2011...
hihihih...
skrg dye di tngalkan di rumah di perak.
ujung bulan ni bru nak bawak balik pahang..