Pages

Thursday 22 March 2012

MaCaM BeLaNgka$

Belangkas!!!!... ayat ini lah yang aku tulis di wall fb. memang macam belangkas. sentiasa nak berkepit. kemana sahaja mesti berkepit. kadang-kadang x per lagi ni dah selalu sangat. tak malu ke dengan orang sekeliling. mula-mula orang tengok memang tak kisah tapi kalu dah selalu naik menyampah sangat. kadang-kadang tu macam tak tahu malu pulak makan bersuap depan orang ramai. kalau dah sah jadi suami isteri tak per ni masih lagi belum ada ape-apa ikatan lagi. bangga sangat lah berkepit macam belangkas tu. dulu macam-macam dye cakap macam-macam tak suka itu lah tak suka ini lah tapi sekarang dye buat benda yang dye tak suka tu. buat dengan bangga pulak tu. bak kata perpatah melayu lah. "cakap tak serupa bikin". memang padan pon dipanggil belangkas. depan orang tua2 pon tak malu dah duduk macam belangkas. bile orang tergur tak nak dengar. dye jer yang betul. nak dye jer yang menang. tak pernah nak mengalah. dye ingat orang senyum tengok dye macam belangkas 2 orang cukup suka lah. padahal orang senyum perli. banyak pekara yang dah berubah dalam hidup dye. tak tahu lah bile dye nak sedar. biase lah orang yang tengah hangat bercinta.

BelaNgKa$

 
     



Belangkas atau nama saintifik Limulus polyphemus. Belangkas ialah sejenis haiwan yang hidup di laut masin dan sedikit di paya air tawar. Belangkas mudah ditangkap di tepi-tepi pantai kerana tidak menggigit.
Belangkas adalah dari famili Limulidae. Nama saintifik belangkas yang hidup di pinggir pantai ialah tachypleus gigas dan yang ditemui di kawasan paya ialah carcinoscorpius rotundicauda.
Haiwan ini merupakan artropod laut yang bentuk badannya mirip kepada 'ketopong besi' tenteradan juga mempunyai ekor yang panjang dan tajam. Ia boleh mencapai saiz sehingga 51 cm (20 inci). Mana-mana anggotanya yang putus boleh tumbuh semula dan ia juga mempunyai sistemkeimunan yang menakjubkan.
Peribahasa dalam masyarakat Melayu iaitu 'macam belangkas' bermaksud lelaki dan perempuan yang bergerak bersama-sama ke mana-mana sahaja. Kita akan temui belangkas di laut cetek dalam keadaan berdua-dua iaitu seekor jantan dan seekor betina.
Darah berwarna biru dari belangkas berharga RM17,500 (USD5,000) seliter di Amerika Syarikat. Untuk mendapat satu liter darah biru, nelayan perlu menangkap 115 ekor belangkas bersaiz kecil diSemenanjung Malaysia. Tapi hanya 45 ekor jika belangkas di perairan Sabah kerana saiz lebih besar. Darah biru belangkas disedut keluar tanpa perlu membunuh belangkas tersebut.
Bahan dalam badan belangkas boleh digunakan untuk mengesan virus, bakteria dan toksin. Kit anti-toksin menggunakan belangkas telah berkembang di Eropah, Amerika Syarikat, Jepun dan Asia Baratsejak 1988.
Daging dan telur belangkas boleh dimakan oleh orang Islam. Masyarakat Melayu di Kota Tinggi,Johor menyediakan maasakan asam pedas dan sambal tumis belangkas. Ia juga boleh dimakan dengan hanya memanggang / membakar sahaja. Namun begitu untuk ia bukan sesuatu yang mudah kerana belangkas terdapat sejenis toksin yang boleh memberikan ketidakselesaan kepada deria (pening) atau biasanya dikenali sebagai MABUK. Hanya bahagian tertentu sahaja boleh dimakan dan hanya seseorang yang benar-benar tahu sahaja tahu cara menyediakan makanan laut dari belangkas ini.
Sarjana Sains (Akuakultur), Institut Akuakultur Tropika (IAT) Universiti Malaysia Terengganu telah lama menyelidik nilai perubatan belangkas ini. Universiti Malaysia Terengganu sedang memohon geran sebanyak RM3 juta untuk tujuan penyelidikan dan merancang untuk membina sebuah makmal bernilai RM10 juta untuk menghasilkan kit anti-toksin untuk dipasarkan.
500 nelayan di Semerak, Pasir Puteh, Kelantan dibantu bagi menternak belangkas. Nelayan terbabit dijangka mendapat pendapatan RM 1200 sebulan apabila projek ternakan ini berjaya.
 

Tuesday 13 March 2012

PeRcuTian Dgn FaMiLy

Baru2 ni aq dgn family bercuti di Cameron Highlands..
huhuhu... rasa best sgat, bile dpat bcuti dgan fmly.. hilang sgala stress, walaupun mase kaki aq sakit aq tetap nak g gak. biar jalan terhenjut2. janji aq hapy dgn fmly aq. klau nak di ikut kan sakit mmg x bjaln lah aq. huh.